Bajaj Pulsar P150 2023 dilancarkan di pasaran India, dua varian, harga bermula dari RM 6,404.59

Model naked terbaharu Bajaj Pulsar P150 2023 dilancarkan di pasaran India, dalam dua varian iaitu Single Disc Single Seat dan Twin Disc Split Seat. Perbezaan di antara kedua-dua varian melibatkan sistem brek belakang, rekaan tempat duduk, rekaan handlebar, dan saiz tayar. Enjin kedua-duanya berkapasiti 149.68cc dengan kuasa maksimum 14.5PS @ 8,500rpm dan tork 13.5Nm @ 6,000rpm, seterusnya dipadankan transmisi lima kelajuan. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti 14 liter.

Spesifikasi lain yang melengkapi Bajaj Pulsar P150 2023 adalah seperti ABS Single Channel, fork depan teleskopik 31 mm, suspensi belakang mono, lampu depan LED (Bi-functional LED projector headlamp with LED pilot lamp), lampu belakang LED, pengecas USB, panel meter dengan paparan gear dan jam, tinggi pelana 790 mm, dan berat 140 kg (kerb weight). Harga yang ditawarkan ialah INRĀ 116,755 (RM 6,404.59) untuk Single Disc, dan INR 119,757 (RM 6,569.27) untuk Twin Disc.

Galeri : Bajaj Pulsar P150 2023 (Single Disc Single Seat)

Galeri : Bajaj Pulsar P150 2023 (Twin Disc Split Seat)