Honda Vario 160 2023 serba baharu dengan enjin eSP+ bersesaran 156.9cc bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sebelum itu apa kata kita lihat dahulu galeri gambar-gambar menarik model skuter tersebut, melalui pandangan keliling 360°. Model yang dipaparkan ini merupakan model Honda Click160 2022 yang ketika ini telah pun ditawarkan di pasaran Kemboja.
Bagaimanapun untuk pasaran Kemboja, model tersebut merupakan varian dengan sistem brek CBS, tanpa ada pilihan varian ABS seperti di pasaran Indonesia dan Thailand. Untuk pasaran Malaysia, Boon Siew Honda dijangka akan menawarkan Honda Vario 160 2023 dalam varian ABS, dengan harga jualan asasnya diramalkan antara RM 8,500.00 sehingga RM 9,000.00 sahaja.