Honda MSX125 Grom 2023 di pasaran Eropah kini tampil lebih sporty dengan pilihan warna baharu Matt Dim Gray Metallic dan Splendid Blue. Sementara itu pilihan warna Gayety Red SE dari musim terdahulu kini mempunyai mudguard depan berwarna hitam. Aspek teknikal pula tiada perubahan terkini, antaranya enjin 125cc (2-valve, air-cooled, single cylinder) dengan kotak gear lima kelajuan. Kuasa yang dihasilkannya ialah 9.65hp @ 7,250rpm dengan tork maksimum 10.5Nm @ 5,500rpm.
Spesifikasi dan ciri-ciri lain pada MSX125 Grom adalah seperti tangki bahan api 6 liter, panel meter digital LCD, fork depan terbalik, suspensi belakang monoshock, brek cakera depan dan belakang dengan ABS single-channel, lampu depan dan belakang LED, tayar depan dan belakang dalam siri 120/70-R12 dan 130/70-R12, tinggi tempat duduk 761 mm dan berat keseluruhan hanyalah 103 kg. Untuk pasaran Malaysia, setakat ini tiada maklumat mengenai pelancaran semula model cilik ini.