Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) selaku pengedar eksklusif motosikal berjenama Kawasaki di pasaran Malaysia, hari ini rasmi mengumumkan ketibaan empat model CBU terbaharu di pasaran Malaysia. Model-model itu yang kini telah berada di bilik pameran terpilih dan dibuka tempahannya secara rasmi ialah Kawasaki Ninja ZX-10R, Ninja 1000SX, Versys 1000 SE dan juga Z900RS.
Bagi model Kawasaki Ninja 1000SX 2022, ianya merupakan sebuah model sports touring, dengan harga jualan asas sebanyak RM 71,400.00. Ianya dikuasakan enjin 1,043cc (liquid-cooled, 4-stroke in-line four, DOHC) dengan padanan transmisi enam kelajuan, yang menawarkan kuasa maksimum 140hp @ 10,000rpm dan tork 111Nm @ 10,000rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 19 liter.
Kawasaki Versys 1000 SE 2022 pula merupakan sebuah model adventure touring, dilengkapi enjin 1,043cc (liquid-cooled, 4-stroke in-line four, DOHC) dengan transmisi enam kelajuan. Jumlah kuasa yang dijana oleh enjin itu mencapai 118.3hp @ 9,000rpm, dengan tork 102Nm @ 7,500rpm. Untuk jarak perjalanan yang lebih jauh, model seberat 253 kg itu mempunyai kapasiti tangki bahan api 21 liter. Harga jualan asas yang ditetapkan untuk Versys 1000 SE adalah sebanyak RM 81,900.00.
Untuk peminat motosikal bergaya retro, Kawasaki Z900RS 2022 boleh dimiliki dengan harga asas sebanyak RM 63,800.00. Dilengkapi enjin 948cc (liquid-cooled, 4-stroke in-line four, DOHC) dengan transmisi enam kelajuan, keluaran kuasa yang dihasilkannya mencapai 110hp @ 8,500rpm dengan tork 98.5Nm @ 6,500rpm. Tangki bahan apinya didatangkan dengan kapasiti maksimum 17 liter.
Makluman dari EMOS : Kecuali bagi model Kawasaki Versys 1000 SE, ianya akan mula berada di bilik pameran terpilih pada pertengahan bulan Disember 2022.
Galeri : Kawasaki Ninja 1000SX 2022
Galeri : Kawasaki Versys 1000 SE 2022
Galeri : Kawasaki Z900RS 2022