KTM 890 Duke 2021 diperkenalkan, kuasa maksimum 115hp dengan tork puncak 92Nm

KTM pada beberapa hari yang lepas dengan rasminya memperkenalkan jentera naked KTM 890 Duke 2021, yang kini dilengkapi enjin bersesaran 889cc (2-cylinder, 4-stroke, parallel twin) dengan hamburan kuasa maksimum 115hp @ 9,000rpm dan tork puncak 92Nm @ 8,000rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Menurut KTM, enjin yang melengkapi KTM 890 Duke telah patuh piawaian Euro 5 dan menawarkan tahap kecekapan 4.8l/100km melalui tangki bahan api berkapasiti 14 liter. Empat mod tunggangan boleh didapati seperti Rain, Street dan Sport, sementara mod Track merupakan mod pilihan yang boleh ditambah untuk aksi mengejar masa di litar.

Aspek tunggangan KTM 890 Duke diperkemaskan dengan kehadiran teknologi slipper clutch, ride-by-wire, Quickshifter+ (optional), 6D lean angle sensor, ABS Bosch 9.1 MP (incl. Cornering-ABS and supermoto mode), sistem suspensi WP APEX yang dinaik taraf dan penggunaan kerangka inovatif menjadikan berat keringnya hanya 169 kg.

Seterusnya, KTM 890 Duke dilengkapi sistem brek berprestasi tinggi, ketinggian tempat duduk 820 mm, handelbar dengan lebar 760 mm dan boleh dilaraskan, di samping ciri-ciri seperti panel meter digital TFT, sistem lampu LED sepenuhnya, rim aloi yang ringan dengan tayar tanpa tiub Continental ContiRoad dan sambungan aplikasi KTM myRide.

Artikel menarik minggu ini :