Pada bulan September 2022 yang lepas, pasaran Vietnam secara rasminya menerima kehadiran model Yamaha YZF-R15 2022 dan Yamaha YZF-R15M 2022 serba baharu. Bagi model YZF-R15, ianya merupakan varian standard dengan harga jualan VND 78,000,000, bersamaan nilai RM 15,127.91 (kadar semasa). Ciri-ciri menariknya adalah seperti Yamaha Y-Connect, Assist & Slipper Clutch, lampu depan dan belakang LED, fork depan upside-down dan sistem brek cakera.
Bagi model Yamaha YZF-R15M, ianya turut didatangkan dalam versi WGP 60th Anniversary Limited Edition dan Monster Energy Yamaha MotoGP Limited Edition, dengan harga masing-masing adalah seperti berikut :
- 2022 Yamaha YZF-R15M : VND 86,000,000 (RM 16,679.49)
- 2022 Yamaha YZF-R15M WGP 60th Anniversary Limited Edition : VND 87,000,000 (RM 16,873.44)
- 2022 Yamaha YZF-R15M Monster Energy Yamaha MotoGP Limited Edition : VND 87,000,000 (RM 16,873.44)
Berbanding varian standard, Yamaha YZF-R15M mempunyai ciri-ciri tambahan yang lebih menarik seperti Quick Shifter, Traction Control System (TCS), ABS Dual Channel, YZR-M1 Styled Triple Clamp, YZR-R1 Styled Full Digital Speedometer, Big Bike Engine Switch Off, dan butang suis Track Mode & Street Mode. Spesifikasi lain termasuklah kapasiti tangki bahan api 11 liter, tayar belakang lebar, casis Deltabox, tinggi tempat duduk 815 mm, dan berat basah 137 kg dan 140 kg.
Yamaha YZF-R15 2022 dan Yamaha YZF-R15M 2022 dikuasakan enjin bersesaran 155.09cc (liquid cooled, 4-stroke, SOHC, 4 valves, VVA) dengan transmisi enam kelajuan. Enjin berprestasi itu menawarkan kuasa maksimum 19.3PS @ 10,000rpm dan tork puncak 14.7Nm @ 8,500rpm. Untuk pasaran Malaysia, hanya versi teratas Yamaha YZF-R15M 2022 sahaja yang ditawarkan, dengan harga asas RM 14,998.00, sewaktu ianya dilancarkan pada bulan Jun yang lepas.