Salah sebuah jentera kembara lasak dalam segmen off-road yang cukup menarik dan sporty ialah Yamaha Ténéré 700 2022. Model tersebut bagaimanapun hanya ditawarkan di pasaran luar negara, termasuklah di pasaran Thailand dan Filipina. Di pasaran Thailand, Yamaha Ténéré 700 ditawarkan dengan harga RM 55,477.88, dan bermula dari RM 53,373.26 di pasaran Filipina.
Namun berita baiknya ialah Yamaha Ténéré 700 2022 dikatakan akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi oleh Hong Leong Yamaha Motor, menurut sumber dari Paultan.org. Jika benar, model tersebut dijangka akan mendapat sambutan hangat daripada peminat motosikal tempatan, apatah lagi jika harga jualan asasnya nanti ditetapkan sekitar hanya RM 50k sahaja.
Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah pelancaran rasmi Yamaha Ténéré 700 di pasaran Malaysia akan diadakan, mungkin pada hujung tahun ini, atau mungkin juga pada tahun depan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai spesifikasi dan ciri-ciri teknikal pada model berkenaan, termasuk pilihan warnanya, anda boleh layari artikel terdahulu seperti berikut :
- Yamaha Ténéré 700 World Raid 2022 diperkenalkan, bersedia untuk aksi kembara lebih ekstrem pada jarak yang lebih jauh
- Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2022 untuk pasaran Eropah dilengkapi dengan ciri-ciri eksklusif yang lebih menarik
- Yamaha Ténéré 700 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, kini tampil dengan kemaskini warna terbaharu
- Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2020 diperkenalkan, tampil istimewa dengan warna bersejarah