Suzuki V-Strom SX 250 dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi, unit ujian telah dikesan di jalan raya Malaysia

Menurut sumber terkini dari rakan media MotoMalaya.net, Suzuki Malaysia dijangka bakal melancarkan model terbaharu Suzuki V-Strom SX 250 tidak lama lagi. Setakat ini kelibat unit ujian motosikal tersebut dikatakan telah berjaya dikesan di jalan raya negara kita baru-baru ini, namun tiada sebarang gambar spyshot yang berjaya dirakamkan.

Suzuki V-Strom SX 250 buat pertama kalinya dilancarkan di pasaran India dalam bulan April 2022 yang lalu, dengan harga jualannya bersamaan sekitar RM 11,934.54. Selain daripada reka bentuknya yang sporty, model tersebut dikuasakan enjin 249cc (4-stroke, single-cylinder, oil-cooled, SOHC, 4-valve, fuel injection) yang mesra lesen kelas B2.

Enjin dengan kotak gear enam kelajuan itu menghasilkan kuasa maksimum 26.5ps @ 9300rpm dan tork setinggi 22.2Nm@7300rpm. Untuk perjalanan yang lebih jauh, ianya dibekalkan tangki petrol 12 liter, sangat sesuai untuk aktiviti kembara di hujung minggu. Di bahagian brek, ianya dilengkapi sistem brek cakera untuk tunggangan lebih selamat.

Ciri-ciri menarik lainnya termasuklah lampu depan dan belakang LED, panel instrumen digital pelbagai maklumat dengan fungsi sambungan Suzuki Ride Connect Edition with Bluetooth Enable Digital Console, Suzuki Easy Start System dan juga pengecas USB. Diharapkan pelancaran Suzuki V-Strom SX 250 ini akan menjadi realiti tidak lama lagi.

Artikel tajaan untuk membantu ikon permotoran Gabit Saleh :