Yamaha Finn 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, harga jualan bermula dari RM 5,027.10

Model kapcai terbaharu Yamaha Finn 2022 baru saja dilancarkan di pasaran Thailand, dalam empat pilihan varian kesemuanya. Varian teratas dilengkapi dengan sistem brek UBS, serta tampil dengan dua pilihan warna yang menarik. Berikut ialah senarai harga yang ditawarkan untuk keempat-empat varian Yamaha Finn 2022 di pasaran Thailand :

  • 2022 Yamaha Finn (UBS version) : THB 47,900 (RM 5,916.42)
  • 2022 Yamaha Finn (alloy wheel, hand starter) : THB 46,400 (RM 5,731.14)
  • 2022 Yamaha Finn (spoke wheel, hand starter) : THB 44,400 (RM 5,484.11)
  • 2022 Yamaha Finn (spoke wheel, hand starter, drum brake) : THB 40,700 (RM 5,027.10)

Yamaha Finn 2022 dilengkapi enjin bersesaran 114cc (4-stroke, single-cylinder, SOHC, 2-valve, air-cooled) dengan kotak gear empat kelajuan, sementara tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 4.0 liter. Ciri-ciri menariknya adalah seperti fork depan teleskopik, penyerap hentak belakang berkembar dan brek cakera depan untuk tiga varian teratas.

Selain itu ialah sistem kunci pelbagai fungsi, poket depan yang boleh diisi dengan botol air, paparan panel meter yang mewah, ruang storan seluas 9.7 liter yang boleh mengisi topi keledar jenis separuh, rekaan lampu depan dan belakang yang moden dan terang, serta tempoh jaminan yang panjang selama 5 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.

Di pasaran Thailand, Yamaha Finn 2022 merupakan antara pilihan model kapcai terbaik untuk pelanggan yang mahukan sebuah model yang bergaya dan tampil moden. Model itu juga dikatakan mempunyai tahap ekonomi terbaik sehingga mencapai 96.16 km/liter. Untuk pasaran Malaysia, belum ada maklumat sama ada ianya akan turut dilancarkan.

Galeri : 2022 Yamaha Finn (UBS version)

Galeri : 2022 Yamaha Finn (alloy wheel, hand starter)

Galeri : 2022 Yamaha Finn (spoke wheel, hand starter)

Galeri : 2022 Yamaha Finn (spoke wheel, hand starter, drum brake)