Boon Siew Honda hari ini rasmi melancarkan model Honda RS-X Repsol Edition 2022, dalam edisi terhad 5,000 unit sahaja. Harga jualan asas yang ditawarkan untuk model tersebut adalah sebanyak RM 9,948.00 sahaja, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Tempoh jaminan adalah selama 2 tahun atau 20,000 km perjalanan.
Honda RS-X Repsol Edition 2022 ini masih mengekalkan spesifikasi yang sama dengan model standard Honda RS-X 2021. Ini bermakna ianya dikuasakan enjin dalam sesaran 149.16cc dengan gandingan transmisi enam kelajuan. Kuasa maksimum enjin tersebut mencapai paras 15.8hp @ 9,000rpm, dengan tork maksimumnya 13.6Nm @ 7,000rpm.
Spesifikasi menarik lain yang melengkapi model moped popular itu termasuklah sistem brek cakera dengan ABS Single Channel, panel meter digital, sistem lampu LED depan dan belakang, tangki bahan api 4.5 liter, tayar depan 90/80-R17, tayar belakang 120/70-R17, dan pembuka tempat duduk (pelana) yang cekap dan mudah untuk dikendalikan.
Untuk peminat motosikal tempatan yang mahu memiliki Honda RS-X Repsol Edition ini, mereka perlu membuat tempahan segera, memandangkan pengeluaran versi istimewa ini hanya terhad kepada 5,000 unit sahaja untuk pasaran seluruh Malaysia. Namun jika tidak berkesempatan memilikinya, pilihan warna Trico juga tidak kurang menariknya.
Galeri : 2022 Honda RS-X Repsol Edition