Longjia baru-baru ini telah melancarkan model skuter terbaharu iaitu Longjia XDV 250Si 2022 untuk pasaran China. Model tersebut dilengkapi enjin bersesaran 244.3cc (single-cylinder, liquid-cooled, four-valves, SOHC) dan transmisi automatik CVT. Jumlah kuasa maksimumnya ialah 24.13 @ 8,750rpm, dengan tork maksimum 22.5Nm @ 6,750rpm.
Tangki bahan apinya pula hadir dengan kapasiti penuh 13.5 liter, manakala berat model skuter adventure itu ialah 168 kg (curb weight). Apa yang menariknya ialah Longjia XDV 250Si ini dijangka akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, dan ianya mungkin akan dikenali sebagai WMoto Xtreme 250 2022. Jadi sama-sama kita tunggu.
Sumber : jddmoto.com
Galeri : 2022 Longjia XDV 250Si