Boon Siew Honda pada kelmarin dengan rasminya melancarkan Honda CB650R 2022 untuk pasaran Malaysia, dengan pilihan warna terbaharu Mat Jeans Blue Metallic. Dua pilihan warna terdahulu iaitu Candy Chromosphere Red yang kini dilengkapi mudguard depan berwarna hitam dan Mat Gunpowder Black Metallic, masih lagi ditawarkan untuk musim 2022. Harga jualan asasnya yang ditetapkan adalah sebanyak […]
Month: February 2022
Lagi penampakan unit ujian Yamaha 135LC V8 2022 versi facelift dan naik taraf terbaharu
Pada bulan Disember 2021 yang lalu, peminat motosikal tempatan dikejutkan dengan penampakan dua buah unit ujian model moped terbaharu, yang mana ianya dipercayai merupakan model ujian Yamaha 135LC V8 2022 versi facelift dan naik taraf terbaharu. Model itu dijangka akan dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor tidak lama lagi.
DYMOTO Mista 125 dan Mista 150 2022 (Dayang ADV150) dilancarkan di pasaran Greece
Model skuter adventure yang tampil sporty dan sarat dengan pelbagai ciri-ciri menarik iaitu Dayang ADV150 buat pertama kalinya dilancarkan di negara asalnya China dalam bulan Mac 2021 yang lepas. Model tersebut kemudiannya dilancarkan pula di pasaran Filipina pada September 2021, dan kini destinasi seterusnya ialah di pasaran Greece.
Honda CBR650R 2022 diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan kemaskini warna dan jalur grafik baharu
Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan Honda CBR650R 2022 terbaharu, yang kini tampil dengan kemaskini warna dan jalur grafik baharu. Untuk pasaran Malaysia, model sports kelas pertengahan itu ditawarkan dengan harga asas RM 45,499.00, dan tempoh jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perbatuan, yang mana tiba lebih dahulu.
Yamaha YZF-R15 V4 2021 kini masuk ke pasaran Singapura
Model sport bike Yamaha YZF-R15 V4 2021 serba baharu dilancarkan secara rasmi di pasaran India pada bulan September 2021 yang lalu. Ianya kemudian dilancarkan pula di pasaran Indonesia, pada awal bulan Disember 2021. Kemudiannya, model tersebut telah di bawa masuk ke pasaran Singapura, oleh pengedar motosikal Yamaha di sana.
Skuter Lucky Star Theo 150 di pasaran Filipina, adakah ianya akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia?
Syarikat pengeluar motosikal nasional Modenas yang berpengkalan di Gurun, Kedah, bakal melancarkan sebuah model skuter baharu tidak lama lagi, yang dikenali dengan nama Modenas Karisma 125S. Model berkenaan bakal menggantikan model Modenas Karisma 125 versi sebelumnya, yang diperkenalkan pada tahun 2016 yang lalu.






