Benelli sebelum ini telah memperkenalkan model terbaharu Benelli TRK 800 2022. Terkini untuk pasaran China, Benelli memperkenalkan pula model Benelli TRK 702 2022. Tampil dalam dua pilihan varian TRK 702 (standard) dan TRK 702X (off-road), model tersebut dikuasakan enjin 693cc dengan kuasa maksimum 75hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 68.2Nm @ 6,250rpm.
Category: Uncategorized
Lagi penampakan unit ujian Yamaha 135LC V8 2022 versi facelift dan naik taraf terbaharu
Pada bulan Disember 2021 yang lalu, peminat motosikal tempatan dikejutkan dengan penampakan dua buah unit ujian model moped terbaharu, yang mana ianya dipercayai merupakan model ujian Yamaha 135LC V8 2022 versi facelift dan naik taraf terbaharu. Model itu dijangka akan dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor tidak lama lagi.
Yamaha MT-09 2021 – harga jualan asas untuk pasaran Malaysia diumumkan sebanyak RM 54,998.00
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) kini secara rasminya telah mengumumkan harga jualan asas untuk model Yamaha MT-09 2021, iaitu sebanyak RM 54,998.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Model tersebut sebelum ini diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada pertengahan bulan Oktober 2021 yang lepas.
Kumpulan pertama Honda RS-X 2021 sudah sampai di wakil pengedar, tempahan begitu memberangsangkan
Honda RS-X 2021 akhirnya telah pun sampai ke bilik pameran wakil pengedar dan kedai motosikal yang terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia, bermula dari utara sehinggalah ke selatan tanah air. Menurut maklumat terkini yang diterima daripada pihak wakil penjual, tempahan untuk model moped itu pada ketika ini sangatlah memberangsangkan.
Honda CBR600RR 2021 rasmi dilancarkan di pasaran Indonesia, harga bersamaan RM 158,565.32
Model super sport kelas pertengahan Honda CBR600RR 2021 kini rasmi dilancarkan di pasaran Indonesia, dengan harga jualan Rp. 550,000,000 (OTR Jakarta). Nilai harga tersebut agak mengejutkan kerana apabila ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, ianya bersamaan RM 158,565.32. Bayangkan harganya jika di pasaran Malaysia nanti.
Benelli 752S 2021 kini di pasaran Malaysia, RM 37,888.00
Antara model motosikal yang agak lama dinanti-nantikan ketibaannya, Benelli 752S kini ditawarkan di pasaran Malaysia dengan rasminya. Berdasarkan sumber dari Mudah.my, harga Benelli 752S untuk pasaran Malaysia ditetapkan sebanyak RM 37,888.00, boleh dikatakan sangat berpatutan apabila melihat kepada spesifikasi keseluruhannya.






