Kawasaki Versys-X 250 Tourer 2022 terima kemaskini warna baharu, di pasaran Jepun mulai 01hb. Februari 2022

Agak lama tidak mendengar berita mengenai model adventure Kawasaki Versys-X 250. Terkini, versi tahun 2022 untuk model berkenaan telah diperkenalkan di pasaran Jepun, dan telah menerima kemaskini pilihan dua warna terbaharu yang diberi nama Metallic Ocean Blue / Pearl Robotic White dan Candy Lime Green / Metallic Flat Spark Black. 

Untuk pasaran domestik Jepun, Kawasaki Versys-X 250 2022 hanya ditawarkan dalam versi Tourer sahaja, dengan harga jualan ditetapkan sebanyak 726,000 Yen, bersamaan nilai RM 26,547.64 mengikut kadar mata wang semasa. Model berkenaan akan berada di pasaran Jepun dengan rasminya mulai tarikh 01hb. Februari 2022 akan datang.

Selain daripada warna baharu, spesifikasi teknikal Kawasaki Versys-X 250 Tourer 2022 ini masih lagi sama. Ianya dilengkapi enjin bersesaran 248cc (water-cooled, parallel 2-cylinder, DOHC, 4-valve), kotak gear enam kelajuan, sistem Assist & Slipper Clutch, dan menawarkan kuasa maksimum 33PS @ 11,500rpm dengan tork 21Nm @ 10,000rpm.

Model adventure itu seterusnya dilengkapi panel meter digital dan analog, tangki bahan api 17 liter, sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS, fork depan teleskopik, suspensi belakang monoshock, tayar depan dan belakang dengan rim lidi dalam ukuran 100/90-R19 dan 130/80-R17, tinggi tempat duduk 815 mm dan berat mencapai 183 kg.

Ciri-ciri standard yang melengkapinya termasuklah kotak pannier plastik di bahagian kiri dan kanan belakangnya, pelindung tangan (hand guard), penutup atau pelindung pada bahagian bawah enjin, dan sepasang lampu kabus LED seperti mana yang dipaparkan di dalam setiap gambar sebenarnya ialah aksesori pilihan yang disediakan Kawasaki.

Sumber gambar : Kawasaki1ban

Galeri : 2022 Kawasaki Versys-X 250 Tourer (Japan)

Galeri : 2020 Kawasaki Versys-X 250 Tourer (Japan)