WMoto Malaysia hari ini dengan rasminya melancarkan sebuah model moped terbaharu untuk pasaran Malaysia, dikenali dengan nama WMoto F15 2022. Didatangkan dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Dark Blue, Green dan Turqoise, model berkenaan ditawarkan dengan harga asas yang cukup berpatutan, serendah RM 5,999.00 sahaja.
Month: December 2021
Benelli TNT 25N 2021 tampil sporty dengan enjin 250cc, adakah ianya mampu mencabar Yamaha MT-25?
Di pasaran luar negara, Benelli menawarkan sebuah jentera naked sporty iaitu Benelli TNT 25N 2021. Penampilannya mirip model popular Yamaha MT-25, termasuklah enjin dalam sesaran yang sama iaitu 250cc. Pastinya sangat menarik jika ianya dilancarkan di pasaran Malaysia, dan persoalannya mampukah ianya mencabar Yamaha MT-25?
Malaguti Spectre GP 125 2022 diperkenalkan di pasaran Greece, adakah pasaran Malaysia bakal menyusul?
Sebuah model moped terbaharu yang dikenali dengan nama Malaguti Spectre GP 125 2022 baru saja diperkenalkan di pasaran Greece. Model tersebut diedarkan oleh KSR Hellas, yang merupakan anak syarikat milik KSR Group yang berpengkalan di Austria. Malaguti pula merupakan sebuah syarikat pengeluar basikal, skuter dan motosikal dari Itali, dan telah dibeli secara rasminya oleh KSR […]
WMoto VE1-110E 2021 di pasaran Malaysia, tampil sporty dengan pilihan skim warna dan grafik yang menyerlah
Merujuk kepada laman sesawang rasmi WMoto Malaysia sebelum ini, syarikat tersebut menawarkan tiga buah model kapcai iaitu WMoto Cub Classic 110, WMoto VE1 110, dan WMoto WM110. Bagaimanapun baru-baru ini terdapat sebuah lagi model kapcai terbaharu yang dipaparkan di dalam laman sesawang itu, iaitu WMoto VE1-110E 2021.
Yamaha XSR155 Cafe Racer Style 2021 di pasaran Thailand, edisi terhad 100 unit, kolaborasi dengan Zeus Custom
Yamaha di pasaran Thailand baru-baru ini telah berkolaborasi dengan bengkel custom terkenal Zeus Custom yang beroperasi di Bangkok, bagi menjadikan penampilan model sport heritage Yamaha XSR155 dalam gaya Cafe Racer Style yang tersendiri. Hasilnya ialah set lengkap Cafe Racer Kit buatan Zeus Custom, dalam edisi terhad 100 unit.
Benelli TRK 800 2022 diperkenalkan dengan enjin bersesaran 754cc, kuasa maksimum 76.2hp dan tork 67Nm
Pengeluar motosikal yang berasal dari Itali, Benelli baru-baru ini rasmi memperkenalkan sebuah model adventure terbaharu Benelli TRK 800 2022. Ianya merupakan tambahan kepada model adventure sedia ada iaitu Benelli TRK 502 X, dengan kelengkapan enjin yang bersesaran 754cc (In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves, DOHC).






