Yamaha baru-baru ini telah memperkenalkan enam skim pilihan warna terbaharu untuk model moped Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam. Empat daripadanya ialah warna dalam edisi Master Art of Street, manakala dua warna lagi dalam edisi 60th Anniversary Yamaha World GP Edition dan Monster Energy Yamaha MotoGP Edition.
Harga jualan yang ditawarkan adalah sebanyak 51,490,000 VND (RM 9,388.70) untuk versi Master Art of Street dan versi Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, manakala untuk versi 60th Anniversary Yamaha World GP Edition, harganya ditetapkan sebanyak 51,990,000 VND (RM 9,479.87), iaitu paling tinggi berbanding pilihan warna yang lain.
Aspek spesifikasi teknikal bagaimanapun tidak berubah, di mana model moped itu kekal dikuasakan enjin 155cc VVA dan dipadankan transmisi enam kelajuan dan sistem Assist & Slipper Clutch. Enjin berprestasi itu seterusnya menghasilkan kuasa maksimum yang mencecah 17.7hp @ 9,500rpm, dengan janaan tork maksimum 14.4Nm @ 8,000rpm.
Sumber : Đông Lý Xe Máy