Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. melalui surat bertarikh 01hb. Julai 2020 dan ditandatangani oleh Pengarah Urusan, Kunihiko Uetsuki, telah memaklumkan bahawa syarikat tersebut akan menutup semua operasi perniagaan mereka di Malaysia. Surat makluman itu kemudiannya diedarkan kepada semua pengedar sah Suzuki di Malaysia.
Month: August 2021
Honda CB200X 2021 – adakah bakal mendapat sambutan jika ianya dilancarkan di pasaran Malaysia?
Model adventure terbaharu Honda CB200X 2021 baru saja dilancarkan untuk pasaran India, dalam tiga pilihan warna yang menarik. Harga jualannya juga berpatutan, sekitar RM 8.2k sahaja setelah ditukarkan kepada nilai Ringgit Malaysia. Keseluruhannya, reka bentuk CB200X adalah sporty dan menawan, sempurna untuk aktiviti pengembaraan.
BMW C 400 GT 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 48,500.00
BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini dengan rasminya melancarkan model skuter maxi terbaharu BMW C 400 X 2021. Skuter maxi itu dilancarkan bersama-sama sebuah lagi model yang hampir sama iaitu BMW C 400 GT 2021, namun dengan harga jualan yang sedikit tinggi sebanyak RM 48,500.00, tidak termasuk kos perlindungan insuran.
Yamaha MT-15 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2021 diperkenalkan di pasaran India, harga RM 8,411.13
India Yamaha Motor (IYM) Pvt. Ltd. kini memperkenalkan edisi terbaharu untuk model naked Yamaha MT-15 di pasaran India, dalam skim warna jentera perlumbaan Monster Energy Yamaha MotoGP Edition. Model tersebut memiliki tanda harga jualan sebanyak ₹ 147,900 (Ex-Showroom Price in Delhi), bersamaan RM 8,411.13 (kadar semasa).
GPX Rock Metal 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, harga pengenalan bermula dari RM 5,029.08
Pada Oktober 2020 yang lepas, GPX Thailand telah melancarkan sebuah model kapcai bergaya funky GPX Rock. Kini sebuah lagi model kapcai terbaharu yang lebih menarik, dikenali dengan nama GPX Rock Metal 2022, secara rasminya dilancarkan di pasaran Thailand, dengan harga pengenalan bermula dari hanya THB 39,500 (RM 5,029.08).
Suzuki Katana, Suzuki GSX-R1000 dan GSX-R1000R 2021 kini tiba di pasaran Malaysia
Suzuki merupakan antara jenama pengeluar motosikal ikonik yang pernah bertapak di pasaran Malaysia. Namun begitu sejak tahun 2016, syarikat tersebut tidak lagi menjual barisan motosikal di bawah 250cc, sebaliknya hanya menawarkan model-model dalam kelas tertinggi sahaja. Kini pengurusan baru Suzuki ialah Suzuki Malaysia Sdn. Bhd..






