Yamaha RD500LC model keluaran tahun 1984 dan 1985

Model klasik Yamaha RD500LC yang dipaparkan di dalam artikel ini merupakan model keluaran tahun 1984 dan 1985. Menurut maklumat dari Wikipedia, pengeluaran Yamaha RD500LC ini berlangsung dalam tempoh 3 tahun sahaja iaitu dari tahun 1984 sehingga tahun 1986. Di pasaran Canada dan Australia, ianya dikenali sebagai Yamaha RZ500.

Yamaha RD500LC (Race Developed 500CC Liquid Cooled motorcycle) dilengkapi enjin dua lejang bersesaran 499cc (2-stroke, four-cylinder, liquid-cooled, reed valve induction with YPVS). Enjin dalam konfigurasi V4 itu seterusnya dipadankan transmisi 6-kelajuan, dengan keluaran maksimum 88hp @ 9,500rpm dan tork puncak 65.4Nm @ 8,500rpm.

Spesifikasi lain yang melengkapi Yamaha RD500LC termasuklah fork depan teleskopik, suspensi belakang tunggal, brek cakera depan berkembar, tayar depan bersaiz 120/80-VR16, tayar belakang bersaiz 130/80-VR18, tangki bahan api 22 liter, ekzos berkembar di bahagian kiri dan kanan, ketinggian tempat duduk 780 mm, dan berat kering 205 kg.

Sepanjang tempoh ianya berada di pasaran, Yamaha RD500LC turut dijual di pasaran Eropah. Di pasaran Jepun, ianya dikenali dengan nama Yamaha RZV500R, tampil lebih ringan (berat kering 196 kg) dan telah ditala semula prestasinya. Yamaha RD500LC kini menjadi antara model idaman ramai, terutamanya di kalangan pengumpul koleksi tegar.