Salah sebuah model motosikal keluaran Yamaha yang ditawarkan di pasaran India ialah Yamaha FZ 25. Terkini, India Yamaha Motor Pvt. Ltd. telah menawarkan versi terbaharu untuk model berkenaan, dalam skim warna Monster Energy Yamaha MotoGP Edition. Untuk pasaran India, harga jualannya adalah sebanyak Rs. 1,36,800 (RM 7,762.32).
Month: July 2021
KTM RC 8C 2022 diperkenalkan, edisi terhad 100 unit, khusus untuk kegunaan di litar sahaja
KTM memperkenalkan jentera perlumbaan terbaharu KTM RC 8C 2022, dalam jumlah terhad 100 unit sahaja. Menurut laporan daripada laman Asphalt & Rubber, model yang hanya dikhususkan untuk kegunaan di litar itu boleh dimiliki dengan harga $ 38,999.00, bersamaan nilai RM 165,063.27 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Model kembara Jawa RVM 500 untuk pasaran Eropah
Jawa merupakan sebuah jenama pengeluar motosikal yang berasal dari negara Eropah iaitu Czechoslovakia, dan kini dikenali sebagai Czech Republic. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1929, dan mengalami kemerosotan selepas tahun 1990. Pada tahun 1997, syarikat baharu sebagai penerus Jawa telah ditubuhkan, diberikan nama Jawa Moto.
Harley-Davidson Sportster S 2021 diperkenalkan, harga untuk pasaran USA sebanyak $14,999.00
Harley-Davidson secara rasminya memperkenalkan model terbaharu Harley-Davidson Sportster S 2021, dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Midnight Crimson, Stone Washed White Pearl dan Vivid Black. Untuk pasaran USA, model tersebut ditawarkan pada harga sebanyak $14,999.00, bersamaan RM 63,363.28 mengikut kadar semasa.
Yamaha MT-07 ABS 2021 diperkenalkan di pasaran Jepun
Model naked terbaharu Yamaha MT-07 ABS 2021 bakal dijual di pasaran Jepun mulai 28hb. Julai 2021. Didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Gray, Blue dan Matte Dark Gray, harga jualannya untuk pasaran negara matahari terbit itu ialah sebanyak 814,000 Yen, bersamaan nilai RM 31,146.07 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Kawasaki Z900 2022 terima warna baharu di pasaran USA
Model naked Kawasaki Z900 untuk musim 2022 di pasaran USA kini telah menerima dua pilihan warna terbaharu, dikenali dengan nama Pearl Robotic White / Metallic Spark Black dan Metallic Matte Twilight Blue / Metallic Spark Black. Harga yang ditawarkan untuk model berkenaan adalah sebanyak $9,099.00, bersamaan RM 38,197.60.






