Pada tarikh 08hb. Jun 2021 baru-baru ini, jualan Yamaha Bolt R Spec ABS 2021 untuk pasaran domestik Jepun telah pun bermula secara rasmi. Untuk musim jualan tahun ini, model tersebut telah menerima dua warna baharu iaitu Blue dan Black. Harga jualannya yang ditetapkan pula ialah sebanyak 1,045,000 Yen, bersamaan nilai RM 39,296.49.
Month: June 2021
Honda Super Cub 125 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, kini bertaraf Euro 5 dan dilengkapi tempat duduk belakang
Honda Super Cub 125 generasi terbaharu secara rasminya diperkenalkan di pasaran Eropah sejak tahun 2018 yang lalu. Kini untuk versi tahun 2022, model kapcai tersebut telah menerima beberapa pembaharuan yang lebih moden dan lebih praktikal, dan pada masa yang sama terus mengekalkan gaya rekaannya yang tidak ditelan zaman.
Kawasaki Z400 2022 kini di pasaran USA, harga $4,999.00
Model naked Kawasaki Z400 2022 kini telah pun berada di pasaran USA, dengan harga jualan ditetapkan sebanyak $4,999.00 (bersamaan RM 20,775.84). Untuk musim 2022, model tersebut kini tampil dengan dua pilihan warna terbaharu iaitu Candy Lime Green / Metallic Spark Black dan Pearl Robotic White / Metallic Matte Graphenesteel Gray.
Yamaha Vega Force 2021 di pasaran Indonesia kini terima kemaskini warna baharu lebih moden
Di pasaran Indonesia untuk musim jualan tahun 2021, Yamaha masih lagi menawarkan model kapcai Yamaha Vega Force. Model tersebut kini telah menerima kemaskini dua warna baharu yang lebih moden iaitu Metallic Black Gold dan Metallic Red. Harganya pula ditetapkan sebanyak Rp, 16,955,000.00, bersamaan nilai RM 4,888.27 sahaja.
Suzuki GSX-R150 2021 terima kemaskini warna baharu di pasaran Vietnam, harga RM 13,538.82
Suzuki di pasaran Vietnam pada tarikh 22 Jun 2021 baru-baru ini secara rasminya telah memperkenalkan Suzuki GSX-R150 2021. Walau pun masih mengekalkan spesifikasi teknikal yang sama seperti mana pada model tahun sebelumnya, model tersebut kini tampil dengan kemaskini warna baharu yang lebih sporty iaitu merah, hitam dan biru.
Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 kini di pasaran Indonesia, tiga warna baharu, harga bermula dari RM 28,473.27
Kawasaki Motor Indonesia (KMI) baru-baru ini secara rasminya memperkenalkan model terbaharu Kawasaki Ninja ZX-25R 2022. Model tersebut kini tampil dengan tiga skim pilihan warna terbaharu untuk versi Special Edition (SE), manakala versi Standard kekal dengan warna terdahulu iaitu Metallic Spark Black, sama seperti model tahun 2021.






