Model moped Honda Winner X sememangnya tidak dapat dinafikan mampu diubahsuai ke tahap yang begitu ekstrem. Antara tema paling popular yang seringkali digunakan ialah pengubahsuaian atau modifikasi yang mengambil inspirasi daripada model-model berkuasa tinggi, sama ada model pengeluaran biasa atau jentera untuk kegunaan litar.
Month: June 2021
Kawasaki Z125 Pro 2022 di pasaran USA terima kemaskini skim warna terbaharu, harga jualan $3,299.00
Kawasaki baru-baru ini telah memperkenalkan Kawasaki Z125 Pro 2022 untuk pasaran USA, yang kini didatangkan dua pilihan skim warna terbaharu iaitu Pearl Shining Yellow dan Pearl Robotic White / Candy Plasma Blue, di samping warna terdahulu Metallic Flat Spark Black. Harga jualan model cilik tersebut pula ialah $3,299.00 (RM 13,720.54).
Honda Monkey 125 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, enjin kini patuh piawaian Euro 5, transmisi lima kelajuan
Honda Monkey 125 model tahun 2022 kini secara rasminya telah diperkenalkan untuk pasaran Eropah. Antara naik taraf terbaharu yang diterima oleh model berkenaan ialah enjinnya kini telah patuh piawaian emisi Euro 5, dilengkapi transmisi lima kelajuan, naik taraf sistem suspensi belakang dan pengenalan warna baharu Pearl Glittering Blue.
Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 di pasaran Thailand terima kemaskini dua skim warna terbaharu, harga RM 35,265.54
Pada tarikh 11 Jun 2021 yang lepas, Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 di pasaran negara Indonesia secara rasminya tampil dengan beberapa pilihan skim warna terbaharu yang lebih sporty dan segar. Dan pada hari ini pula untuk pasaran di negara Thailand, model tersebut turut menerima kemaskini skim warna terbaharu yang lebih menyerlah.
Kawasaki Rouser RS200 FI 2021 terima kemaskini skim warna baharu dan sistem brek ABS di pasaran Filipina
Untuk pasaran Filipina, Kawasaki baru-baru ini telah memperkenalkan model naked Kawasaki Rouser NS200 FI 2021, yang tampil dengan skim warna baharu dan sistem brek ABS. Di samping itu, model full fairing Kawasaki Rouser RS200 FI 2021 juga telah diperkenalkan, dan turut menerima skim warna baharu dan sistem brek dengan ABS.
CFMOTO 800MT 2022 dijangka masuk ke pasaran Malaysia pada tahun hadapan, jangkaan harga sekitar RM 50k
Menurut laporan daripada beberapa buah blog permotoran tempatan, model terbaharu CFMOTO 800MT 2022 dijangkakan masuk ke pasaran Malaysia pada tahun hadapan. Harga jualan yang bakal ditawarkan pula dikatakan sekitar RM 50,000.00 sahaja. Model kembara itu sebelum ini baru saja diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran China.






