Model naked Kawasaki Z400 2022 kini telah pun berada di pasaran USA, dengan harga jualan ditetapkan sebanyak $4,999.00 (bersamaan RM 20,775.84). Untuk musim 2022, model tersebut kini tampil dengan dua pilihan warna terbaharu iaitu Candy Lime Green / Metallic Spark Black dan Pearl Robotic White / Metallic Matte Graphenesteel Gray.
Kawasaki Z400 dikuasakan enjin bersesaran 399cc (4-stroke, 2-cylinder, DOHC, liquid-cooled) dengan padanan transmisi enam kelajuan, dan menghasilkan kuasa maksimum 48PS @ 10,000rpm dan tork maksimum 38Nm @ 8,000rpm. Untuk operasi tunggangan yang lancar, ianya dilengkapi Assist & Slipper Clutch dan Economical Riding Indicator.
Pelbagai spesifikasi yang melengkapi Kawasaki Z400 ini antaranya termasuklah tangki petrol dengan kapasiti penuh 14 liter, fork depan teleskopik 41 mm, suspensi belakang monoshock dengan ciri pelarasan prabeban, sistem brek dengan ABS, lampu depan dan lampu belakang LED, dan panel meter digital dengan paparan pelbagai maklumat.
Kawasaki Z400 mempunyai ketinggian tempat duduk 785 mm, yang disumbangkan oleh tayar depan dan belakang yang masing-masing bersaiz 110/70-17 dan 150/60-17. Berat motosikal tersebut pula berada pada angka 165 kg (curb weight). Keseluruhannya, gaya dan penampilan warna terbaharu Kawasaki Z400 2022 ini kekal sporty dan menyerlah.