Untuk pasaran Malaysia, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) hari ini rasmi melancarkan model skuter kembara terbaharu Honda X-ADV 2021. Boleh didapati dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl Deep Mud Gray, Grand Prix Red dan Graphite Black, harga asasnya ialah RM 67,799.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi Honda X-ADV 2021 ialah ianya didatangkan reka bentuk facelift yang lebih sporty dan agresif, lampu depan LED baharu, kerangka yang lebih ringan, ruang barangan yang lebih luas, pengecas USB dan panel meter TFT 5.0 inci baharu dengan teknologi canggih Honda Smartphone Voice Control System.
Untuk musim 2021, Honda X-ADV kini dilengkapi enjin 745cc (liquid-cooled, 4-stroke, 8-valve, SOHC, parallel 2-cylinder) yang patuh piawaian emisi Euro 5, dengan gandingan transmisi DCT (Dual Clutch Transmission) enam kelajuan. Enjin tersebut menawarkan kuasa maksimum 57.8hp @ 6,750rpm dengan tork maksimum 69Nm @ 4,750rpm.
Model tersebut turut dilengkapi sistem Throttle By Wire (TBW) dengan empat pilihan mod tunggangan seperti Rain, Standard, Gravel dan Sport, termasuklah tambahan mod User yang boleh disesuaikan (customisable). Sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) pula beroperasi dengan lebih lancar melalui tiga tahap intervensi.
Honda X-ADV 2021 seterusnya dilengkapi tangki bahan api 13.2 liter, ketinggian tempat duduk 820 mm, fork depan USD 41 mm, suspensi belakang monoshock dengan Pro-Link swingarm, brek depan dwi-cakera 296 mm, brek cakera belakang tunggal 240 mm, sistem ABS dua saluran dan sistem lampu kecemasan Emergency Stop Signal (ESS).
Artikel berkaitan :