SYM Jet X 2021 dan WMoto Xtreme 150i 2021 bakal berada di pasaran Malaysia mulai bulan Mei 2021

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. hari ini telah menganjurkan ‘Majlis Berbuka Puasa MForce Bersama Pihak Media’, bertempat di Dorsett Grand Subang Hotel, Subang Jaya, Selangor. Menariknya dalam majlis tersebut ialah MForce telah mempertontonkan dua model skuter baharu, yang dijadualkan bakal berada di pasaran mulai Mei 2021.

Kedua-dua model skuter tersebut ialah SYM Jet X 2021 dan WMoto Xtreme 150i 2021, dengan harga jualan untuk kedua-duanya dikatakan berada dalam lingkungan RM 8k sehingga RM 10k sahaja, yang pastinya sangat berpatutan. Kedua-dua model tersebut dikuasakan enjin bersesaran 150cc, tampil dengan reka bentuk dan ciri-ciri menarik.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada paparan video yang disiarkan secara langsung di laman Facebook SYM Malaysia dan WMoto Malaysia sebentar tadi, SYM Jet X dikuasakan enjin 149.6cc (4-stroke, single-cylinder, SOHC, 2-valve, liquid-cooled), dengan kuasa maksimum 12.33hp @ 8,000rpm dan tork puncak 12Nm @ 6,000rpm.

Bagi model WMoto Xtreme 150i 2021 pula, enjinnya bersesaran 149.3cc (4-stroke, single-cylinder, SOHC, 2-valve, liquid-cooled) dan menawarkan kuasa maksimum 12hp @ 8,500rpm dengan tork maksimum 11.8Nm @ 5,000rpm. Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti maksimum 11 liter dan mampu mencapai jarak perjalanan 400 km.

Untuk maklumat lebih lengkap dan terperinci mengenai spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang ditawarkan, sama-sama kita tunggu ketibaan rasmi kedua-dua model berkenaan pada bulan Mei depan. Untuk anda yang tertanya-tanya bagaimanakah reka bentuk kedua-dua model tersebut, anda boleh saksikannya dalam galeri seperti di bawah.

Galeri : SYM Jet X 150 2021 (SYM Jet X)

Galeri : Lifan KPV150 2021 (WMoto Xtreme 150i)