Yamaha Exciter 150 2020 di pasaran Thailand, tersedia dalam tiga pilihan warna menarik

Yamaha Exciter 150 2020 telah dilancarkan di pasaran Thailand pada bulan Februari tahun lepas, dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu GP Edition, Red Black dan Gray Black Orange. Harga jualan yang ditawarkan pula adalah sebanyak 65,000 THB, bersamaan RM 8,721.05 mengikut nilai kadar tukaran mata wang semasa.

Sama seperti model Yamaha MX King 150 2021 di pasaran Indonesia yang dilancarkan baru-baru ini dengan kemaskini pilihan warna baharu, Yamaha Exciter 150 2021 untuk pasaran Thailand juga dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat, juga dengan kemaskini pilihan warna baharu agar penampilannya kekal segar untuk musim ini.

Oleh itu memandangkan blog Arena Motosikal sebelum ini masih belum menyiarkan gambar-gambar menarik Yamaha Exciter 150 2020 di pasaran Thailand, anda kini boleh melihatnya dalam paparan galeri di bawah. Gambar-gambar tersebut juga akan menjadi rujukan untuk dibuat perbandingan dengan model Yamaha Exciter 150 2021 nanti.

Artikel menarik minggu ini :