Yamaha MT-09 SP 2021 diperkenalkan dengan sistem suspensi premium daripada KYB dan Öhlins

Selepas memperkenalkan Yamaha MT-09 2021 serba baharu yang merupakan versi standard, Yamaha tidak menunggu lama apabila memperkenalkan pula versi premium untuk model berkenaan – Yamaha MT-09 SP 2021. Seperti model Yamaha MT-09 SP 2020, model tahun 2021 juga dilengkapi dengan beberapa kelengkapan premium.

Antaranya ialah Yamaha MT-09 SP 2021 tampil dengan skim warna tunggal eksklusif Icon Performance, dilengkapi sistem Cruise Control, sistem suspensi depan daripada KYB dan belakang daripada Öhlins dengan ciri pelarasan penuh, di samping tempat duduk dengan dua jahitan dan lengan ayun dengan kemaskini permukaan tersendiri.

Berikut ialah senarai ciri-ciri eksklusif untuk Yamaha MT-09 SP 2021 :

  • Dedicated ‘Icon Performance’ YZF-R1M-inspired colours
  • Cruise Control system
  • Premium KYB® front suspension package
  • Öhlins rear shock absorber
  • Double-stitched seat
  • Anodized brushed aluminium swingarm
  • Anodized black levers, handlebars and black rear sprocket
  • Clear-smoked front and rear brake fluid reservoirs

Spesifikasi teknikal lain adalah sama dengan model Yamaha MT-09 2021, yang mana ianya dikuasakan enjin bersesaran 889cc (liquid-cooled, 4-stroke, 4-valves, 3-cylinder, DOHC) bertaraf Euro 5, dipadankan transmisi enam kelajuan dan menghasilkan kuasa maksimum 119PS @ 10,000rpm dengan daya tork setinggi 93Nm @ 7,000rpm.

Untuk pasaran Eropah, Yamaha MT-09 SP 2021 serba baharu akan tiba mulai bulan Mac 2021. Untuk peminat model ini di pasaran Malaysia pula, setakat ini diketahui Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) tidak pernah membawa masuk MT-09 versi SP, mungkin kerana harganya yang lebih tinggi berbanding MT-09 versi standard.