Yamaha MT-09 2021 diperkenalkan di pasaran Eropah, tampil dengan reka bentuk baharu dan enjin lebih besar

Yamaha Motor Europe secara rasminya memperkenalkan Yamaha MT-09 2021 serba baharu, yang kini telah menerima naik taraf ekstensif berbanding model terdahulu Yamaha MT-09 2020. Dari segi penampilan, perubahan yang dilakukan sangat ketara, begitu juga dengan enjinnya yang kini telah menerima peningkatan jumlah kapasiti.

Yamaha MT-09 2021 kini dilengkapi enjin bersesaran 889cc (liquid-cooled, 4-stroke, 4-valves, 3-cylinder, DOHC) bertaraf Euro 5, dipadankan transmisi enam kelajuan dan menghasilkan kuasa maksimum 119PS @ 10,000rpm dengan tork puncak 93Nm @ 7,000rpm. Berat jentera naked tersebut juga kini lebih ringan, berada pada paras 189 kg (wet weight) sahaja. Tangki bahan apinya pula hadir dengan kapasiti 14 liter.

Bakal berada di pasaran Eropah mulai bulan Mac tahun depan, Yamaha MT-09 model tahun 2021 serba baharu ini didatangkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Storm Fluo, Icon Blue dan Tech Black. Untuk anda, di bawah berikut ialah maklumat lengkap mengenai spesifikasi teknikalnya termasuk galeri gambar-gambar menarik, saksikan.

Yamaha MT-09 2021 Technical Highlights :

  • New 889cc inline 3-cylinder 4-valve DOHC liquid-cooled EU5 engine
  • More power at all engine speeds
  • 7% increase in maximum torque at lower rpm
  • 4PS increase in maximum power
  • New 2.3kg lighter CF die-cast aluminium Deltabox chassis
  • Lower 189kg wet weight – 4kg reduction and the lightest in 900cc naked class
  • Shorter wheelbase for more dynamic handling
  • New lightweight aluminium swingarm
  • Bare and beautiful ‘coverless’ new generation MT styling
  • Premium quality throughout, with Crystal Graphite frame finish
  • Full LED lighting with Y-shape brand signature icon front and rear
  • New Quick Shift system with up and downshift functions
  • Refined A&S clutch
  • Light and compact new 6-axis IMU
  • Lean-sensitive rider aids: TCS, SCS and LIFt with three intervention modes
  • ABS and Brake Control system (BC)
  • D-MODE switchable engine running modes
  • New ultra-light SpinForged 17-inch 10-spoke wheels
  • Larger 180/70-17 rear tyre with 120/70-17 front tyre
  • Fully adjustable KYB® 41mm USD forks with revised settings
  • Adjustable KYB® rear shock with revised settings
  • Full colour 3.5-inch TFT instruments with remote handlebar switch
  • Radial front master cylinder, 298mm dual front discs

Galeri : Yamaha MT-09 2021

(Visited 4,206 times, 1 visits today)