Kawasaki Ninja ZX-10RR 2021 diperkenalkan, terhad 500 unit, spesifikasi homologasi untuk perlumbaan WSBK

Model supersport terbaharu Kawasaki Ninja ZX-10R 2021 menarik perhatian ramai dengan reka bentuk terkininya yang sporty dan agresif, di samping enjin yang berkuasa dan pelbagai spesifikasi berprestasi tinggi. Jika model tersebut belum memadai, turut diperkenalkan baru-baru ini ialah varian teratas Kawasaki Ninja ZX-10RR 2021.

Model tersebut didatangkan pilihan warna tunggal Lime Green dan dikeluarkan dalam jumlah terhad 500 unit sahaja. Selain itu ianya juga tampil eksklusif dengan komponen istimewa iaitu rod penghubung titanium berprestasi tinggi dan piston ringan (high-performance titanium connecting rods and lightweight pistons) yang direka oleh Pankl.

Kedua-dua komponen berprestasi tinggi itu menyumbang kepada pengurangan berat sekitar 500 gram, dan ianya dibangunkan khusus untuk Ninja ZX-10RR, seterusnya membolehkan had putaran Ninja ZX-10RR ditingkatkan daripada 14,300 min-1 kepada 14,700 min-1, yang mana perubahan tersebut turut menambahbaik tindak balas enjin.

Sementara itu, rim aluminium tempa pelbagai arah 7 bilah (7-spoke multi-directional forged aluminium wheels) yang dibangunkan khas oleh Marchesini menyumbang kepada pengendalian yang lebih ringan, terutamanya ketika menukar arah. Ianya menawarkan keseimbangan ketegaran tinggi, di samping penampilan yang berkualiti. Rim tersebut kemudiannya dibalut oleh tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP.

Sama seperti Ninja ZX-10R, sistem penjana kuasa ZX-10RR juga merupakan enjin yang bersesaran 998cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves), dan dipadankan transmisi enam kelajuan dengan hamburan kuasa maksimum 204PS (214PS with RAM Air) @ 14,000rpm dan tork maksimum 111.8Nm @ 11,700rpm.

Sebagai model homologasi WSBK, enjin Euro 5 pada Ninja ZX-10RR ini pastinya boleh dipertingkatkan lagi kuasanya mengikut kemahuan pemiliknya. Berkenaan harga yang ditawarkan, Kawasaki Ninja ZX-10RR 2021 di pasaran USA boleh dimiliki pada harga sebanyak $28,999, bersamaan nilai RM 117,953.43 mengikut kadar tukaran semasa.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?