Sekitar tahun 1990an dahulu, pasaran Thailand telah menerima kehadiran model Yamaha X-1 yang tampil dengan rekabentuk unik namun sporty. Tidak pasti pada tahun bilakah pengeluarannya bermula, namun paparan gambar-gambar yang disiarkan di dalam galeri di bawah adalah bagi model keluaran tahun 2004 sehingga tahun 2006.
Berdasarkan maklumat ringkas yang ada, Yamaha X-1 di pasaran Thailand ini dikuasakan enjin empat lejang bersesaran 110.3cc, dan didatangkan pilihan sama ada dengan klac automatik atau klac tangan. Enjin tersebut dipercayai sama seperti enjin yang digunakan pada model Yamaha Lagenda 110 di pasaran negara kita.
Kelebihan model ini jika diperhatikan ialah ianya didatangkan dengan pilihan warna dan grafik yang menarik, termasuklah dilengkapi sistem brek cakera di bahagian roda depannya. Untuk pasaran Malaysia, Yamaha X-1 tidak pernah dibawa masuk, mungkin kerana penampilannya yang tidak memenuhi citarasa pengguna tempatan.
Selain daripada model Yamaha X-1, pasaran Thailand juga menerima kehadiran model Yamaha X-1R yang tampil lebih sporty, di samping mempunyai enjin lebih berkuasa bersesaran 135cc. Boleh dikatakan Yamaha X-1R adalah kembar kepada model Yamaha 135LC, atau di pasaran Thailand dikenali dengan nama Yamaha Spark 135.
Galeri : 2004 Yamaha X-1 (Thailand)
Galeri : 2005 Yamaha X-1 (Thailand)
Galeri : 2006 Yamaha X-1 (Thailand)