Modenas CT115S 2020 kini dilengkapi lampu belakang rekaan baharu

Baru-baru ini model moped Modenas CT115S 2020 terbaharu telah didapati hadir dengan lampu belakang rekaan baharu jenis terpisah, yang kelihatan lebih sporty berbanding lampu belakang rekaan terdahulu jenis bersepadu. Walau bagaimanapun, spesifikasi teknikal lain masih kekal sama dan tiada sebarang perubahan.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap model berkenaan pada tengah hari tadi, lampu belakang Modenas CT115S 2020 kini dilengkapi lampu penunjuk arah (lampu signal) yang dipisahkan daripada lampu brek belakang, dengan kedudukannya pada bahagian bawah, sama seperti model-model terbaharu lain di pasaran ketika ini.

Sementara itu lampu penunjuk arah terdahulu yang berada di kiri dan kanan lampu brek secara bersepadu, sebenarnya masih ada, cuma ianya kini digantikan dengan komponen plastik berwarna hitam. Ini menjadikan pandangan visual terhadap lampu brek belakang kini seolah-olah ianya merupakan komponen lampu brek tunggal.

Perubahan yang dilakukan oleh pihak Modenas terhadap lampu belakang Modenas CT115S 2020 mungkin kelihatan ringkas dan mudah, namun hakikat yang sebenar ianya tetap memberikan impak yang tersendiri. Sekali pandang, penampilan keseluruhan model moped berkenaan kini kelihatan lebih lebih sporty dan segar.

Galeri : Modenas CT115S 2020

Galeri : Modenas CT115S 2019