Untuk anda yang sudah mengenali model Yamaha FZ150 dengan enjin 150cc V-Twin, kali ini kita lihat pula model kembarnya Yamaha FZR150. Kekal memiliki enjin dengan konfigurasi yang sama, cuma perbezaan ketara pada model Yamaha FZR150 ialah ianya tampil dengan full fairing yang sporty dan sistem brek cakera depan berkembar.
Agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai model ini, namun hasil carian di dalam internet mendapati Yamaha FZR150 dikeluarkan untuk pasaran Taiwan. Pada awalnya model ini tidak dilengkapi sistem penyejuk Oil Cooling System, sebaliknya sistem tersebut hanya hadir bermula keluaran tahun 1992.
Pengeluaran Yamaha FZR150 dikatakan bermula pada tahun 1990 dan berakhir pada tahun 1998. Ianya dilengkapi enjin empat lejang 149cc V-Twin dua silinder, yang kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan. Jumlah kuasa yang dihasilkan mencapai 17.4PS @ 11,000rpm dengan tork puncak 12Nm (1.22kgm) @ 8,500rpm.
Ciri-ciri menarik lain yang melengkapi model ini termasuklah suspensi belakang tunggal, sistem brek cakera di bahagian roda belakang, tangki bahan api dengan isian maksimum 10 liter, ketinggian tempat duduk 745 mm dan berat hanya 144 kg. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Yamaha FZR150 dalam galeri di bawah.
Galeri : 1990 Yamaha FZR150
Galeri : 1991 Yamaha FZR150
Galeri : 1992 Yamaha FZR150