Baru-baru ini dunia permotoran tempatan dikejutkan dengan paparan beberapa keping gambar ‘spyshot’ model terbaharu Yamaha Exciter RC 155 VVA 2020, yang mana ianya dijangka akan dilancarkan di pasaran negara Vietnam tidak lama lagi.
Sementara menantikan kemunculan sebenar model tersebut, ada baiknya kita imbas kembali model moped pertama yang menjadi asas kepada Yamaha Exciter RC 155 VVA, tidak lain dan tidak bukan ialah model Yamaha T135, seperti mana anda dapat lihat versi prototaip keluaran tahun 2004 dalam galeri gambar di bawah.
Merujuk kepada siaran akhbar daripada laman sesawang Yamaha Motor Co., Ltd. bertarikh 20hb. September 2005, Yamaha T135 dilancarkan buat pertama kali di pasaran Indonesia pada bulan Oktober 2005, dan kemudiannya diikuti oleh pasaran Thailand, Malaysia, Vietnam, Filipina dan negara-negara ASEAN yang lain.
Untuk pasaran Indonesia, Yamaha T135 dikenali dengan nama Yamaha Jupiter MX 135, Yamaha Spark 135 di pasaran Thailand, Yamaha 135LC di pasaran Malaysia, Yamaha Exciter 135 di pasaran Vietnam, dan Yamaha Sniper 135 di pasaran Filipina.
Antara kelebihan Yamaha T135 ialah ianya dilengkapi enjin empat lejang berkapasiti 135cc 4-injap dengan ciri-ciri canggih seperti sistem sejukan cecair, penggunaan silinder DiASil, omboh tempaan ringan (aluminum forged piston), sistem ekzos dengan prestasi alam sekitar cemerlang, suspensi belakang monoshock, cowling aerodinamik di bahagian bawah enjin dan penampilan lima gugusan lampu depan yang tersendiri.
Di bawah berikut ialah spesifikasi Yamaha T135 (Indonesia spec) :
Overall length x width x height | 1,945 x 750 x 1,065mm |
Seat height | 770mm |
Wheelbase | 1,245mm |
Minimum ground clearance | 140mm |
Dry weight / Curb weight | 103kg / 109kg |
Engine type | Liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve |
Cylinder arrangement | Single cylinder |
Displacement | 134.4cc |
Bore x Stroke | 54 x 58.7mm |
Compression ratio | 10.9 : 1 |
Maximum power | 8.45kW / 8,500rpm |
Maximum torque | 11.65N-m / 5,500rpm |
Starting system | Electric / kick duo |
Lubrication | Wet sump |
Engine oil volume | 1.2L |
Fuel tank capacity | 4.0L |
Carburetion | VM21x 1 |
Ignition system | DC-CDI |
Primary / Secondary reduction ratio | 2.875 / 2.600 |
Clutch type | Clutch=wet centrifugal / transmission= wet multi-plate |
Transmission type | Rotary type 4-speed |
Gear ratios | 1st: 2.832, 2nd: 1.875, 3rd: 1.354, 4th: 1.045 |
Frame type | Diamond type |
Caster / Trail | 25° 30′ / 75mm |
Tire size (Front / Rear) | 70/90-17 / 80/90-17 |
Brake type (Front / Rear) | Hydraulic single disc / Drum |
Suspension type (Front / Rear) | Telescopic / Monocross |
Headlight | 12V35W / 32W x 1 |
Secara peribadi, kejayaan Yamaha T135 generasi pertama di pasaran negara-negara ASEAN bolehlah dikatakan kerana ianya tampil dengan reka bentuk yang cukup sporty dan bergaya, di samping hadir dengan pelbagai ciri-ciri dan teknologi yang canggih.
Sehingga kini, generasi baharu Yamaha T150 dengan enjin 150cc (Yamaha Y15ZR di pasaran Malaysia) kekal popular dan menjadi pilihan ramai peminat terutamanya pembeli dari golongan muda dan juga pertengahan usia.
Kejayaan ini dijangka akan diteruskan lagi oleh model seterusnya dengan kod Yamaha T155, merujuk kepada model Yamaha Exciter RC 155 VVA 2020 (Yamaha Y15ZR V3 atau Yamaha Y155ZR untuk pasaran Malaysia). Berdasarkan kepada laporan yang lepas, ianya mungkin akan dilancarkan di pasaran Vietnam pada Ogos 2020.