Sempena dengan kemunculan semula model Kawasaki Ninja ZX-25R terbaharu dengan enjin 250cc empat silinder, ada baiknya kita imbas kembali kehadiran model Kawasaki Ninja ZXR 250 di pasaran Malaysia suatu ketika dahulu.
Berdasarkan keratan iklan yang disiarkan di atas, harga asas untuk model berkenaan ditawarkan sebanyak RM 16,365.00 sahaja (Semenanjung Malaysia). Menurut iklan itu juga, Ninja ZXR 250 merupakan yang pertama dan satu-satunya motosikal di pasaran Malaysia yang memiliki enjin 250cc DOHC 16 injap serta empat silinder.
Kawasaki Ninja ZXR 250 ketika itu diedarkan oleh Kawasaki Sunrock Sdn Bhd, dan turut ditawarkan jaminan selama 3 tahun atau 30,000km, mana yang terdahulu. Dari segi rekaan, memang tidak kalah kalau dibandingkan dengan model Ninja ZX-25R. Ciri ikoniknya pula sudah tentu hos intake udara berdekatan tangki minyaknya.
Sumber : myzx2r.blogspot.com