Yamaha TZM150 model tahun 1994

Yamaha TZM150 merupakan sebuah motosikal dua lejang dengan enjin 147cc yang kini bertaraf legenda, dan dilancarkan untuk pasaran Malaysia oleh Hong Leong Yamaha Motor pada tahun 1994 yang lalu. Enjinnya dipadankan transmisi enam kelajuan dan mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 36PS @ 10,500rpm.

Kelajuan maksimum Yamaha TZM150 dikatakan mampu mencapai angka 200 km/j, menjadikannya salah satu model sportbike pilihan ramai anak muda sekitar tahun 1990an suatu ketika dahulu. Saingan sebenar TZM150 pada ketika itu sudah pastilah model Honda NSR150 dan Kawasaki 150 KIPS. Namun kelebihan TZM150 ialah rekaannya yang lebih sporty, inspirasi daripada jentera perlumbaan Yamaha TZ250M.

Berdasarkan pemerhatian di dalam laman sesawang Mudah.my, terdapat beberapa unit motosikal Yamaha TZM150 terpakai yang ditawarkan untuk jualan. Untuk kegunaan harian, mungkin banyak lagi pilihan lain yang sesuai di pasaran ketika ini, namun untuk pengumpul koleksi atau peminat tegar, tiada salahnya memiliki model legenda ini.

Sumber gambar : Yamaha Motor Co, Ltd.

(Visited 6,939 times, 1 visits today)