MV Agusta Dragster 800 RR SCS merupakan satu lagi model terbaharu untuk musim 2020 yang menerima teknologi SCS 2.0 (Smart Clutch System), sama seperti yang diterima oleh model Brutale 800 RR SCS 2020. Teknologi moden tersebut memberi lebih kemudahan apabila mampu beroperasi tanpa menggunakan tuas klac. Bermakna gear dan klac tetap ada, cuma penunggang boleh […]
Month: February 2020
Kawasaki Ninja 1000SX 2020 terima kemaskini baharu
SYM VF3i 185 V2 di pasaran Malaysia, tampil dengan warna dan grafik baharu lebih sporty
SYM VF3i 185 V2 merupakan sebuah model moped dengan enjin terbesar yang ditawarkan di pasaran Malaysia ketika ini. Ianya dilancarkan secara rasmi pada tarikh 27hb. Oktober 2019. Model tersebut merupakan kesinambungan kepada model terdahulu SYM VF3i 185 yang membuat kemunculan pertama dalam bulan April 2018.
Benelli Tornado Naked T 600 model tahun 2020
Benelli kembali dengan enjin empat silinder melalui model Tornado Naked T 600 model tahun 2020 terbaharu, sebuah motosikal dinamik dengan watak perlumbaan dan penampilan yang trendy. Hadir dalam pilihan warna Hijau dan Putih, model naked ini menurut Benelli bagaimanapun tidak dijual di pasaran Eropah.
Yamaha MT-09 2020 terima kemaskini warna baharu
Untuk pasaran Eropah bagi musim jualan 2020, Yamaha MT-09 kini telah menerima kemaskini warna baharu sama seperti yang diterima oleh Yamaha MT-07 2020. Ketiga-tiga warna tersebut ialah Ice Fluo, Icon Blue dan Tech Black. Harga yang ditawarkan pula bermula dari £8,745.00, bersamaan RM 47,319.77 mengikut kadar semasa.
Yamaha MT-07 2020 terima kemaskini warna baharu
Yamaha MT-07 bersama-sama model Hyper Naked Yamaha yang lain telah menerima kemaskini warna baharu untuk tahun 2020. Menurut siaran akhbar yang diterbitkan oleh Yamaha Motor Europe dalam bulan November 2019, MT-07 kini didatangkan dalam tiga pilihan warna baharu yang dikemaskini iaitu Ice Fluo, Icon Blue dan Tech Black.






