Dalam bulan November 2019 yang lepas, MV Agusta memperkenalkan rangkaian model Rosso yang melibatkan tiga model iaitu Brutale 800, Dragster 800 dan Turismo Veloce 800. Menurut MV Agusta, antara kelebihan rangkaian model Rosso ialah harganya yang kompetetif namun kekal menawarkan teknologi yang komprehensif.
Month: February 2020
Yamaha MT-10 2020 kekal berkuasa dan agresif
Di kalangan model-model dalam siri Yamaha MT, paling teratas ialah model MT-10 yang tampil dengan reka bentuk agresif dan paling berkuasa. Model tersebut juga ditawarkan dalam varian MT-10 Tourer Edition dengan aksesori pengembaraan, dan MT-10 SP yang dilengkapi sistem suspensi elektronik Öhlins yang boleh dilaras sepenuhnya.
Kawasaki W800 2020 melengkapkan barisan model W
Diperkenalkan dalam bulan Oktober 2019, ikon klasik Kawasaki W800 model tahun 2020 secara rasminya telah melengkapkan barisan tiga model W, yang sebelum ini muncul dengan model W800 Street dan W800 CAFE. Menurut Kawasaki, model W800 terbaharu ini mengekalkan legasi model asal W1 dalam tahun 1966 sehingga kini.
Benelli Tornado Naked T 125 2020 kompak dan tangkas
Pada penghujung tahun lepas, Benelli memperkenalkan model ‘mini fun bike’ Tornado Naked T 125 model tahun 2020 terbaharu, yang kini hadir dengan rekaan grafik dan warna baharu yang lebih memikat pasaran di kalangan golongan muda. Model tersebut kekal kompak dan tangkas serta menawarkan tunggangan yang menyeronokkan.
Yamaha Lagenda 115Z 2019 bertaraf EEV, didatangkan pilihan warna baharu lebih menarik
Yamaha Y15ZR V2 2019 di pasaran Malaysia, harga asas RM8,168.00
Raja Jalanan atau “King of the Streets”, itulah gelaran yang diberikan kepada model moped paling popular di pasaran Malaysia ketika ini – Yamaha Y15ZR V2. Model tersebut dilancarkan di pasaran tempatan pada Mac 2019 yang lepas, pada harga asas sebanyak RM8,168.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).






