Untuk pasaran Filipina, model moped SYM VF3i 185 V2 2020 telah dilancarkan pada September 2020. Oleh itu kini sudah tiba masanya model tersebut digantikan dengan versi yang lebih berkuasa iaitu SYM VF3i 185 V3 2022, yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ianya merupakan model yang sama di pasaran Malaysia, dikenali sebagai SYM VF3i 185 Pro […]
Tag: SYM
SYM MMBCU 2022 dilancarkan di pasaran Taiwan, rekaannya diinspirasikan daripada Ular Mamba
Untuk pasaran Taiwan, SYM baru-baru ini dengan rasminya telah melancarkan sebuah model skuter terbaharu yang dikenali dengan nama SYM MMBCU 2022. Menurut SYM, MMB merujuk kepada nama haiwan berbisa iaitu Ular Mamba dari Afrika, manakala C dan U pula masing-masing merujuk kepada perkataan Crossover dan Unique.
SYM Husky ADV 150 2022 dilancarkan di pasaran China, harga bersamaan RM 15,755.31
Skuter adventure terbaharu SYM Husky ADV 150 2022 yang sebelum ini diperkenalkan buat pertama kali di EICMA 2021, kini rasmi dilancarkan di pasaran China baru-baru ini. Didatangkan dalam dua pilihan warna disertai beberapa komponen aksesori keemasan, harga jualannya di pasaran China ialah CNY 23,800, bersamaan nilai RM 15,755.31.
SYM Maxsym TL 508 2022 kini dilengkapi teknologi TCS
Skuter maxi SYM Maxsym TL 508 2022 baru saja diperkenalkan di EICMA 2021 dalam bulan November yang lepas, kini dilengkapi naik taraf terbaharu berupa teknologi TCS (Traction Control System). Dengan adanya sistem tersebut, ianya mengurangkan risiko tayar belakang model itu tergelincir dan menawarkan tunggangan yang lebih selamat.
SYM Sport Rider 125i (N2) 2022 di pasaran Malaysia terima kemaskini warna baharu lebih sporty
Salah sebuah model motosikal kapcai yang ditawarkan oleh SYM Malaysia di pasaran tempatan ialah SYM Sport Rider 125i. Untuk musim 2022, model berkenaan kini tampil dengan skim warna baharu yang lebih sporty dan segar. Harga jualan asasnya menurut sumber daripada laman Facebook dan Mudah.my ialah sebanyak RM 5,862.00 sahaja.
SYM 4MICA 2022 diperkenalkan, skuter unik pelbagai fungsi dengan enjin 125cc dan 150cc
Pasaran skuter di rantau Asia Tenggara sejak beberapa tahun yang lepas didapati kian meningkat dengan ketara, terutamanya dengan pengenalan model-model baharu yang dilengkapi enjin sekitar 110cc sehingga 160cc. Selain enjin yang berkuasa dan rekaan yang sporty, ciri-ciri praktikal juga menjadi kelebihan untuk sesebuah model skuter.






