Pada awal Oktober 2021 baru-baru ini, Suzuki dengan rasminya telah memperkenalkan sebuah model terbaharu dalam versi istimewa iaitu Suzuki GSX-R1000R Phantom 2021. Untuk pasaran UK, harga jualan yang ditetapkan untuk model tersebut adalah sebanyak £17,499.00, bersamaan nilai RM 100,465.51 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Tag: Suzuki GSX-R1000R
Suzuki GSX-R1000 2021 dan Suzuki GSX-R1000R 2021 kini di pasaran Malaysia, harga RM 99,289.00 dan RM 110,289.00
Suzuki Malaysia baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan enam buah model baharu untuk pasaran tempatan, yang mana dua daripadanya ialah Suzuki GSX-R1000 2021 dan Suzuki GSX-R1000R 2021. Bagi model Suzuki GSX-R1000, ianya tersedia dalam pilihan warna tunggal Metallic Matt Black, dengan harga asas RM 99,289.00.
Suzuki Katana, Suzuki GSX-R1000 dan GSX-R1000R 2021 kini tiba di pasaran Malaysia
Suzuki merupakan antara jenama pengeluar motosikal ikonik yang pernah bertapak di pasaran Malaysia. Namun begitu sejak tahun 2016, syarikat tersebut tidak lagi menjual barisan motosikal di bawah 250cc, sebaliknya hanya menawarkan model-model dalam kelas tertinggi sahaja. Kini pengurusan baru Suzuki ialah Suzuki Malaysia Sdn. Bhd..
Suzuki GSX-R1000R 2021 tampil dengan skim warna baharu di pasaran domestik Jepun
Pada beberapa hari yang lepas, Suzuki telah mengumumkan bahawa model supersport Suzuki GSX-R1000R 2021 di pasaran Jepun kini tampil dengan dua skim warna baharu iaitu Triton Blue Metallic / Mystic Silver Metallic dan Matte Black Metallic No. 2 / Glass Matte Mechanical Gray, di samping warna sebelumnya iaitu Matte Black Metallic No.2.






