Di pasaran Malaysia pada ketika ini, Boon Siew Honda telah menawarkan model skuter terbaharu Honda ADV150 2021 yang berkonsepkan kembara. Setakat ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, model skuter berkenaan telah berjaya menarik perhatian daripada ramai peminat tempatan, dan semakin ramai yang telah pun memilikinya.

