Di pasaran tempatan pada ketika ini, terdapat dua pilihan model sport bike dalam kelas 250cc iaitu Honda CBR250RR 2022 dan Yamaha YZF-R25 2022. Walau pun berada di dalam kategori yang sama, kedua-dua model tersebut mempunyai beberapa perbezaan spesifikasi yang ketara, termasuklah perbezaan harga asas sebanyak RM 3,001.00.
Tag: Honda
Honda NT1100 2023 kini boleh didapati dengan pilihan warna terbaharu Gunmetal Black Metallic
Honda Motor Europe baru-baru ini telah memperkenalkan Honda NT1100 2023, dengan pilihan warna terbaharu Gunmetal Black Metallic. Pilihan warna lain yang turut tersedia ialah Matte Iridium Gray Metallic dan Pearl Glare White, yang sebelum ini diperkenalkan melalui model Honda NT1100 2022, ketika dilancarkan pada bulan Oktober yang lepas.
Honda NC750X 2023 untuk pasaran Eropah kini tampil dengan tiga pilihan warna terbaharu
Honda Motor Europe baru-baru ini telah memperkenalkan model Honda NC750X 2023, yang kini tampil dengan tiga pilihan warna terbaharu iaitu Mat Jeans Blue Metallic, Pearl Deep Mud Gray dan Candy Chromosphere Red. Selain itu turut ditawarkan ialah pilihan warna Mat Ballistic Black Metallic, yang dibawakan daripada model tahun 2021/2022.
Honda EX5 Limited Edition 2022 kini dijual dengan harga asas mencecah RM 9,500.00, apakah sebabnya?
Pada bulan Februari 2022 yang lalu, Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan model terbaharu Honda EX5 Limited Edition 2022. Model tersebut tampil dengan satu pilihan warna tunggal Extravagant Gold Metallic, dan ditawarkan dengan harga asas sebanyak RM 5,198.00 sahaja (tidak termasuk kos insuran, cukai jalan dan pendaftaran).
Honda CBR250RR 2023 versi facelift terbaharu dilancarkan di pasaran Indonesia, harga bermula dari RM 19,075.29
PT. Astra Honda Motor hari ini rasmi melancarkan model Honda CBR250RR 2023 versi facelift terbaharu, yang kini tampil lebih sporty dan gagah. Perubahan utama ialah pada wajah depan, fairing sisi dan cover tangki bahan api, bukan sahaja untuk meningkatkan nilai estetikanya, malah menjadikan jentera sport bike berprestasi itu lebih aerodinamik.
Honda Forza 750 2023 terima tiga pilihan warna baharu untuk pasaran Eropah
Honda Forza 750 mulanya diperkenalkan di pasaran Eropah pada bulan Oktober 2020, dan kini telah menerima tiga pilihan warna baharu untuk musim 2023. Ketiga-tiga pilihan warna baharu itu ialah Mat Ballistic Black Metallic, Pearl Glare White dan Iridium Gray Metallic, di samping kekal dengan pilihan warna sebelumnya Mat Jeans Blue Metallic.






