Vespa 946 Horse (2026): Malaysia dapat 3 unit skuter mewah, harga badan RM108,999

Skuter mewah Vespa 946 Horse (2026) ada dibawa ke sebuah kompleks di Bukit Bintang untuk satu sesi tayangan eksklusif.

Vespa hanya memberi 3 unit skuter mewah ini untuk pasaran Malaysia dan nampak gayanya, semuanya sudah ada pemilik. Harga untuk Vespa 946 Horse (2026) ialah RM108,999.

Vespa 946 Horse ialah model empat daripada siri Lunar Collection 2026, selepas Bunny (2023), Dragon (2024) dan Snake (2025).

Vespa hanya hasilkan sebanyak 888 unit untuk 946 Horse (2026) dengan dua versi enjin iaitu 125 dan 150. Warna badan hanya satu yang dipanggil Bay Brown (coklat gelap).

Vespa 946 Horse ini dikatakan skuter yang ada keunikan tersendiri berbanding Vespa standard lain kerana menerima hasil kerja tangan dan dilengkapi kemasan gaya mewah.

Jenama Vespa di pasaran tempatan dikendalikan Didi Group. Ini adalah spesifikasi untuk model Vespa 946 Horse (2026) di Malaysia:

  • Enjin satu silinder 155cc 3-injap dengan sistem suntikan bahan api. Tiada data rasmi lain dikongsi tentang prestasi enjin.
  • Sistem brek cakera tunggal 220mm untuk roda depan dan belakang, ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Tayar depan 120/70 – 12″, tayar belakang 130/70 – 12″.
  • Kapasiti tangki minyak 8 liter.
  • Meter digital LCD dengan warna tunggal.