Nampaknya selepas pasaran Indonesia, Honda ADV160 2022 kini telah pun masuk ke pasaran Vietnam. Namun jangan terkejut, kerana ketibaan model tersebut di negara itu bukanlah secara rasmi, sebaliknya diimport masuk oleh kedai motosikal di sana secara tidak rasmi. Ianya merupakan situasi yang tidak pernah berlaku di negara kita Malaysia.
Tag: Honda
Honda Wave RSX 2022 dilancarkan di pasaran Filipina, harga bermula dari RM 4,904.45
Pada bulan Julai 2022 yang lepas, Honda di pasaran Filipina telah melancarkan sebuah model kapcai terbaharu iaitu Honda Wave RSX 2022. Model tersebut ditawarkan dalam dua pilihan varian, brek dram dan brek cakera, pada harga P61,900.00 (RM 4,904.45) untuk varian brek dram, dan P64,900.00 (RM 5,142.15) untuk varian brek cakera.
Honda Biz 110i 2022 di pasaran Brazil, kapcai moden yang ekonomi dan praktikal
Di pasaran Brazil, Honda menawarkan model kapcai Honda Biz 110i 2022, yang tampil dengan rekaan moden, enjin yang ekonomi dan ciri-ciri yang praktikal. Model berkenaan tersedia dalam tiga pilihan warna Metallic Silver, Branco dan Red, dengan harga jualan sebanyak R$ 10,170.00, bersamaan RM 8,886.25 mengikut nilai mata wang semasa.
Honda CB300R 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 19,119.47
Pasaran Thailand baru-baru ini secara rasminya telah menerima pelancaran model Neo Sports Cafe terbaharu Honda CB300R 2022. Tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl Dusk Yellow, Candy Chromosphere Red dan Mat Gunpowder Black Metallic, model tersebut ditawarkan dengan harga THB 155,200.00, bersamaan RM 19,119.47.
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports 2022 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM117,888.00
Boon Siew Honda hari ini rasmi melancarkan model terbaharu Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports 2022 untuk pasaran Malaysia. Model kembara itu tampil dengan pilihan warna Pearl Glare White Tricolour, bersama-sama grafik ‘Cracked Terrain’ yang sporty. Harga jualan asas yang ditawarkan adalah sebanyak RM 117,888.00 sahaja.
Honda Wave Alpha 110cc 2023 diperkenalkan di pasaran Vietnam, harga bermula dari RM 3,415.81
Untuk pasaran Vietnam, Honda pada 18hb. Ogos 2022 baru-baru ini rasmi melancarkan model kapcai Honda Wave Alpha 110cc 2023. Hadir dengan dua pilihan varian Special Version dan Standard Version, model berkenaan kini menampilkan empat pilihan warna dan lakaran corak grafik terbaharu yang kelihatan lebih menarik, sporty dan segar.






