Di pasaran Malaysia, Honda Rebel 2022 diperkenalkan secara rasmi pada penghujung tahun lepas, dengan harga jualan asas sebanyak RM 32,899.00. Sementara itu di pasaran Eropah, model bergaya cruiser itu dikenali dengan nama Honda CMX500 Rebel, kini tampil dalam pilihan dua varian standard dan S Edition dengan beberapa pilihan warna baharu untuk musim 2023.
Tag: Honda
Honda Vario 125 2022 dilancarkan di pasaran Indonesia, harga jualan bermula dari RM 6,778.51
Pada tarikh 26hb. September 2022 baru-baru ini, PT Astra Honda Motor (AHM) secara rasminya melancarkan model skuter terbaharu Honda Vario 125 2022 untuk pasaran Indonesia. Model tersebut didatangkan dalam tiga versi iaitu Honda Vario 125 Tipe CBS dengan harga Rp. 22,350,000 (RM 6,778.51), Honda Vario 125 Tipe CBS-ISS dengan harga Rp. 24,000,000 (RM 7,278.93), dan […]
Honda Monkey 125 2023 kini di pasaran Eropah dengan tiga pilihan warna terbaharu
Honda Motor Europe pada penghujung bulan September 2022 yang lepas dengan rasminya memperkenalkan Honda Monkey 125 2023 untuk pasaran Eropah. Model mini tersebut kini tampil dengan tiga pilihan warna terbaharu yang lebih menyerlah, termasuk warna baharu pada kerangka dan tangki bahan api, serta balutan tempat duduk terbaharu seperti mana berikut :
Honda Wave 125i 2023 serba baharu dilancarkan di pasaran Thailand, harga bermula dari RM 6,760.24
Pasaran Thailand pada beberapa hari yang lepas telah menjadi yang pertama menerima kehadiran model Honda Wave 125i 2023 serba baharu. Model kapcai tersebut tampil dalam dua pilihan varian, dengan rim aloi dan empat pilihan warna dan dengan rim berjejari dan tiga pilihan warna. Harga jualannya pula bermula dari THB 54,300, bersamaan nilai RM 6,760.24.
Honda ADV160 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 12,350.51
Honda di pasaran Thailand kini rasmi melancarkan model skuter terbaharu Honda ADV160 2022, dengan harga sebanyak THB 99,900, bersamaan RM 12,350.51 mengikut kadar semasa. Model tersebut sebelum ini buat pertama kalinya dilancarkan di pasaran Indonesia, pada bulan Julai 2022 yang lepas. Untuk pasaran Thailand, hanya varian teratas sahaja yang ditawarkan, dengan tiga pilihan warna Mat […]
Honda Forza 350 2023 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bermula dari RM 22,157.93
Honda di pasaran Thailand hari ini rasmi melancarkan model skuter maxi terbaharu Honda Forza 350 2023. Harga jualan yang ditawarkan bermula dari THB 179,000, bersamaan nilai RM 22,157.93 mengikut kadar semasa. Model berkenaan tampil dalam pilihan dua varian iaitu varian RoadSync Type yang dilengkapi dengan HSVCs (Honda Smartphone Voice Control System), dan varian Standard Type […]






