Boon Siew Honda Sdn. Bhd. secara rasminya mengumumkan pelancaran model Honda CBR650R 2021 terbaharu, dengan harga jualan asas sama seperti model sebelumnya iaitu RM 45,499.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Tag: 2021 Honda CBR650R
Honda CBR650R 2021 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 43,511.31
Honda CBR650R 2021 buat pertama kalinya diperkenalkan di pasaran Eropah pada 01hb. Oktober 2020 yang lalu, dan kemudiannya diperkenalkan pula di pasaran Jepun pada tarikh 11hb. Disember 2020. Kini pasaran Thailand turut menerima kehadiran model tersebut, dengan tanda harga 324,300 THB (bersamaan RM 43,511.31).
Honda CBR650R 2021 bakal berada di pasaran Jepun mulai 28hb. Januari 2021, harga bermula RM 41,294.63
Honda CBR650R 2021 kini dilengkapi fork depan Showa SFF-BP dan enjin patuh piawaian emisi Euro 5
Sama seperti model naked Honda CB650R 2021 yang diperkenalkan untuk pasaran Eropah baru-baru ini, kembarnya model sport full fairing Honda CBR650R 2021 turut menerima beberapa kemaskini terbaharu. Paling menonjol ialah kehadiran fork depan upside-down Showa Separate Function front Fork Big Piston (SFF-BP) 41 mm.




