Honda CBR650R 2021 buat pertama kalinya diperkenalkan untuk pasaran Eropah pada bulan Oktober 2020 yang lalu. Untuk pasaran domestik Jepun, model berkenaan secara rasminya telah diumum bakal memulakan jualannya mulai tarikh 28hb. Januari 2021.
Harga yang ditawarkan adalah sebanyak 1,056,000 Yen bagi model berwarna Matte Ballistic Black Metallic, bersamaan RM 41,294.63 mengikut kadar semasa. Bagi model berwarna Grand Prix Red pula, harganya ialah RM 42,585.09 mengikut kadar semasa.
Honda CBR650R 2021 telah menerima beberapa kemaskini baharu berbanding model tahun 2020, antaranya dilengkapi fork depan upside-down Showa Separate Function front Fork Big Piston (SFF-BP) 41 mm dan enjin yang telah mematuhi piawaian Euro 5.
Kemaskini lain yang diterima termasuklah peningkatan terhadap tahap penglihatan untuk panel meter digital LCD, reflektor lampu depan baharu, soket pengecas USB jenis Type-C di bawah tempat duduk, panel sisi baharu dan pemegang nombor plat baharu.
Honda CBR650R 2021 kekal dikuasakan enjin 649cc (liquid-cooled, 4-stroke, 16-valve, DOHC inline-4 cylinder) dengan transmisi enam kelajuan, dan menghamburkan kuasa. maksimum pada paras 95PS @ 12,000rpm dengan tork puncak 64Nm @ 8,500rpm.
Model tersebut turut dilengkapi sistem lampu LED, sistem brek ABS dua saluran, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Assist & Slipper Clutch, tayar depan dan belakang dalam siri 120/70-ZR17 dan 180/55-ZR17, tangki bahan api 15.4 liter dan berat 206 kg.