Di pasaran Indonesia, Yamaha pernah menawarkan sebuah model dua lejang dengan enjin 115cc yang berkuasa, dikenali dengan nama Yamaha RX-R. Berdasarkan paparan brosur seperti mana dalam galeri di bawah (sumber Pertamax7.com), model tersebut dikatakan sebuah model yang paling laris di dalam kelasnya pada suatu ketika dahulu.
Category: Yamaha
Yamaha 135LC Fi 2022 kini tidak lagi eksklusif untuk pasaran Malaysia, dikatakan bakal dilancarkan di pasaran Indonesia
Yamaha 135LC Fi 2022 merupakan sebuah model moped terbaharu yang dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada bulan Mac 2022 yang lepas. Ketika ianya dilancarkan, model tersebut dikatakan hanya eksklusif untuk pasaran Malaysia sahaja. Namun kini kenyataan itu mungkin tidak lagi relevan, dan bakal berubah tidak lama lagi.
Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2022 untuk pasaran Eropah dilengkapi dengan ciri-ciri eksklusif yang lebih menarik
Untuk pasaran Eropah, Yamaha bukan saja menawarkan jentera adventure Ténéré 700 2022 dalam versi standard, malah turut menawarkannya dalam versi Rally Edition. Jadi apakah kelebihan yang ditawarkan oleh jentera tersebut? Di bawah berikut ialah senarai ciri-ciri eksklusif dan menarik yang melengkapi Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2022.
Yamaha Ténéré 700 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, kini tampil dengan kemaskini warna terbaharu
Untuk pasaran Eropah, jentera kembara Yamaha Ténéré 700 2022 telah diperkenalkan secara rasmi sejak bulan Disember 2021 yang lepas. Model tersebut kini tampil dengan pilihan dua warna terbaharu Icon Blue dan Midnight Black yang lebih sporty, dan kedua-dua pilihan warna tersebut turut dipadankan dengan rim roda berwarna biru dan hitam.
Yamaha NMAX 125 2022 terima kemaskini warna baharu di pasaran Eropah
Pada Oktober 2021 yang lepas, Yamaha NMAX 125 2022 telah diumumkan menerima kemaskini warna baharu untuk pasaran Eropah. Model skuter sporty dan elegan itu kini tampil dengan pilihan warna baharu Milky White, di samping kekal dengan pilihan dua warna terdahulu Phantom Blue (dengan panel sisi berwarna baharu) dan Power Grey.
Yamaha CYGNUS GRYPHUS 2022 di pasaran Jepun, skuter kompak yang berprestasi dan ekonomi
Yamaha CYGNUS GRYPHUS 2022 merupakan sebuah model skuter kompak yang kini ditawarkan di pasaran domestik Jepun. Bagi versi standard dengan empat pilihan warna kelabu, biru, hitam dan putih, harganya ialah 357,500 Yen (RM 11,961.87). Untuk versi WGP 60th Anniversary pula, harganya ialah 368,500 Yen, bersamaan RM 12,329.92.






