Category: Suzuki Malaysia Sdn. Bhd.

Selepas ini, adakah Suzuki Malaysia akan turut melancarkan Suzuki GSX250R, Suzuki Gixxer 250 dan Suzuki Gixxer SF250?

Era baharu Suzuki di pasaran Malaysia kini boleh dikatakan baru saja bermula, dengan pelancaran tiga buah model terbaharu dalam segmen 150cc iaitu Suzuki Raider R150, Suzuki GSX-S150 dan Suzuki GSX-R150, baru-baru ini. Selepas ini, mungkinkah masih terdapat model-model menarik lain dalam segmen 250cc, yang akan turut dilancarkan?

Suzuki Raider R150 Fi, Suzuki GSX-R150 dan Suzuki GSX-S150 2022 bakal dilancarkan pada 10hb. Mac 2022 (Khamis)

Suzuki Malaysia hari ini mendedahkan tarikh pelancaran rasmi untuk tiga buah model terbaharu keluarannya, iaitu Suzuki Raider R150 Fi 2022, Suzuki GSX-R150 2022 dan Suzuki GSX-S150 2022. Melalui video teaser yang disiarkan di dalam laman Facebook mereka sebentar tadi, tarikh pelancaran hanya tiga hari lagi (10hb. Mac 2022), Khamis.