Di pasaran Malaysia sebelum ini, terdapat sebuah syarikat pengeluar motosikal baharu yang dikenali sebagai Ottimo Technologies Sdn. Bhd. Syarikat tersebut muncul buat pertama kali pada tahun 2018, dengan pelancaran sebuah model kapcai terbaharu yang dikenali dengan nama Ottimo Viz 110.
Category: Ottimo
Super Moped Projek AM-2 serba baharu bakal menerjah pasaran Malaysia pada suku ketiga tahun 2023
Masih ingatkah lagi dengan projek Super Moped 175cc yang dibangunkan oleh syarikat tempatan Ottimo Technologies Sdn. Bhd.? Menurut sumber terkini model tersebut bakal menerjah pasaran tempatan pada suku ketiga tahun depan. Namun, agak mengelirukan sebenarnya apabila model tersebut kini dikatakan sedang dibangunkan pula oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan syarikat tempatan AFY Mobility Industries Sdn […]
Ottimo siarkan video teaser pertama model Super Moped 175cc terbaharu, pelancaran dijangka pada tahun depan
Pada sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang lepas, Ottimo Technologies Sdn. Bhd. telah menyiarkan sekeping imej teaser pertama yang memaparkan pandangan depan sebuah model Super Moped 175cc terbaharu. Terkini pada beberapa hari yang lepas, syarikat itu menyiarkan pula video teaser terbaharu di dalam laman Facebook rasmi mereka.
Adakah ini gambaran rasmi pertama Ottimo Super Moped 175cc untuk pasaran Malaysia?
Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2021, Ottimo Technologies Sdn. Bhd. telah menyiarkan ucapan mereka sendiri di dalam laman Facebook Ottimo. Menariknya melalui imej yang disiarkan, syarikat pengeluar motosikal tempatan itu seolah-olah telah menyiarkan gambaran rasmi pertama model Ottimo Super Moped 175cc terbaharu.
Ottimo sedang membangunkan model super moped baharu untuk pasaran Malaysia, bakal dilengkapi enjin 175cc
Jika anda masih ingat, syarikat pengeluar motosikal tempatan Ottimo Technologies Sdn. Bhd. sebelum ini pernah mengatakan bahawa mereka akan melancarkan beberapa buah model baharu selain daripada model Ottimo Viz 110. Salah satu daripadanya ialah sebuah model super moped yang dikatakan bakal dikuasakan enjin bersesaran 175cc.