Ottimo Technologies Sdn. Bhd. merupakan pengeluar motosikal berjenama tempatan, yang sebelum ini tampil dengan model pertama keluarannya Ottimo Viz 110.
Category: Ottimo Technologies
Dua model moped terbaharu Rato SVR180 dan Ottimo Super Moped – bilakah akan dilancarkan di pasaran Malaysia?
Pasaran Malaysia pada ketika ini boleh dikatakan pasaran terbesar untuk pelbagai jenis model moped, bermula dari enjin 135cc sehinggalah 183cc. Walaupun pelbagai model telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia setakat ini, namun tahukah anda masih ada lagi model-model moped terbaharu yang hanya menunggu masa untuk dilancarkan.
Ottimo Viz 110 2021 kini berharga serendah RM 3,650.00 OTR, termasuk penghantaran ke rumah secara percuma
Walaupun ramai di antara kita mampu memiliki sesebuah model motosikal kapcai atau moped yang dijual pada harga mencapai RM 14,500.00 (Yamaha Y16ZR Doxou 2021), namun masih ramai juga yang hanya mampu memiliki sebuah model kapcai pada harga mampu milik, dalam anggaran di bawah RM 4,000.00 sahaja untuk kegunaan harian.
Ottimo Viz 110 di pasaran Malaysia, harga RM 4,288.00
Ketika ini sudah tentu ramai yang mengenali nama pengeluar motosikal tempatan Ottimo Technologies Sdn. Bhd, yang muncul dengan produk pertama mereka Ottimo Viz 110. Dilancarkan pada bulan Disember 2018 yang lalu, model kapcai tersebut ditawarkan pada harga RM 4,288.00, dalam dua pilihan warna iaitu merah dan biru.