Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) pada tarikh 06hb. September 2023, dengan rasminya melancarkan model terbaharu Modenas Versys-X 250 2023 untuk pasaran Malaysia. Model adventure tersebut mempunyai satu warna sahaja iaitu Lime Green / Ebony, dan ditawarkan dengan harga asas RM 24,900.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Category: Modenas
Modenas Ninja ZX-25R SE 2023 rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 33,900.00
Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) pada hari ini dengan rasminya melancarkan model sport bike terbaharu yang ditunggu-tunggu, iaitu Modenas Ninja ZX-25R SE 2023. Model tersebut ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu Metallic Matte Graphenesteel Grey / Ebony dan Lime Green / Ebony (KRT Edition).
Harga rasmi Modenas Ninja ZX-25R SE 2023 diumumkan – RM 33,900.00
Modenas Versys-X 250 Tourer 2023 bakal tiba pada tahun ini
Tempahan kini dibuka untuk Modenas Ninja ZX-25R, pelancaran rasmi pada September 2023
Modenas hari ini rasmi melancarkan Modenas Ninja 250 ABS 2023, dengan pilihan warna baharu KRT Edition. Di samping itu, Modenas turut mengumumkan tempahan untuk model terbaharu Modenas Ninja ZX-25R kini telah dibuka, dengan pelancaran rasminya pada awal September 2023. Untuk pasaran Malaysia, dua varian akan ditawarkan iaitu SE dan RR.
Modenas Ninja 250 ABS 2023 tampil dengan warna baharu KRT Edition
Pada tahun lepas, EMOS (Edaran Modenas Sdn. Bhd.) telah melancarkan Modenas Ninja 250 2022 untuk pasaran Malaysia, dalam dua varian Standard dan ABS. Terkini untuk tahun 2023, Modenas Ninja 250 ABS tampil dengan skim warna baharu Lime Green / Ebony (KRT Edition) yang lebih menarik dan sporty, dengan harga asas sebanyak RM 21,800.00.






